Buku ini adalah panduan ringkas untuk memahami Islam. Ia terdiri daripada tiga bab. Bab pertama, "Beberapa Bukti untuk Kebenaran Islam," menjawab beberapa soalan penting yang ditanya oleh sesetengah orang: Adakah Al-Qur'an benar-benar firman Tuhan yang diwahyukan oleh-Nya? Adakah Muhammad ﷺ benar-benar seorang nabi yang diutus oleh Tuhan? Adakah Islam benar-benar agama dari Tuhan? Bab kedua, “Beberapa Faedah Islam,” menyebut beberapa faedah yang disediakan oleh Islam kepada individu, seperti: 1) Pintu Syurga Yang Abadi 2) Keselamatan dari Api Neraka 3) Kebahagiaan Hakiki dan Kedamaian Batin 4) Pengampunan Segala Dosa Terdahulu. Bab ketiga, "Maklumat Am tentang Islam," menyediakan maklumat umum tentang Islam, membetulkan beberapa tanggapan yang salah mengenainya, dan menjawab beberapa soalan yang biasa ditanya, seperti: Apakah yang dikatakan Islam tentang keganasan? Apakah kedudukan wanita dalam Islam?